Assalamualaikum...... nak shared smething kat smue yg de mslh n sdng diuji Allah... dini amik dr orang pnye blog... mntk maaf kat tuan pnye blog.... coretan anda bg motivasi pd sy...... kuatkan smngt yg kian pudar n lemah... mslh sntiase de... kdng2 kita sndri tk psti msue yg terjadi... dtg sprti kilat yg mnyambar.. mnberi kejutan yg sngt kuat.... kdng2 smue terpkse dipendamkan..... Allah yg th brtapa beratnya nak simpan smue yg terjadi.... mulut tk boleh diringankan untk bercerita... biarlah Allah yg mndegar... doa diiringi.... hrpan yg dinanti.... sesuatu yg baik psti diberi.... Allah Maha besar... Allah Maha Agung... setiap yg berlaku de hikmahnya.... ujian sntiase ade untuk umatNya... besar atau kecik smuenye smntara...... hidup mcm air sungai yg mngalir... setiap rintangan psti akn melaluinya juga... Ya Allah kuatkan hati hambaMU ini yg lemah.... amin..... kebahagian dicari psti diberi.... insyaAllah...
Menzahirkan sabar dan redha tidaklah semudah memetik ranting
kering.
Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Sebaliknya kita sering merungut kesusahan, kepayahan hidup,
kesedihan dan sebagainya.
Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula meninggalkan perkara yang baik yang telah menjadi
kebiasaan yang dahulunya kita suka lakukan.
Tiada bergaul mesra, bergurau senda dengan keluarga, sahabat
dan sebagainya.
Seolah – olah kebahagiaan dunia hilang punah semuanya.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula menjauhkan diri, rasa terpencil dan rendah diri.
Kita sering menyepikan .
Kita mula memikirkan untuk melakukan sesuatu perkara yang
tidak baik, yang kita jangka, perkara itu dapat menghilangkan kesedihan dan
kesusahan kita.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kualiti ibadah kita tidak meningkat.
Malah semakin pudar dengan bayang – bayang kesedihan atau
kesusahan kita.
Tiada lagi bait- bait doa memanjatkan kesyukuran kita kepada
Allah.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Jiwa kita kacau, tidak tenteram.
Ke hulu ke hilir memikirkan kesusahan dan kesedihan.
Mengadu kepada manusia tetapi terlupa untuk mengadu kepada
Illahi.
Jagalah Iman Kita Ketika diuji.
Berhati – hatilah kita apabila berhadapan dengan ujian,
bimbang terikut – ikut virus munafik.
Firman Allah Taala :-
Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari
sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu dan masa itu ialah
masa pemandangan
mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan
bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut) dan kamu
masing-masing pula menyangka
terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.(10)
Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan
digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.(11)
Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan
orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: Allah
dan RasulNya tidak
menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan
sahaja.(12)
(Surah Al Ahzab : 10 – 12)
Justeru itu, saudara – saudaraku
Bersabar dan redhalah dengan sebenar-benarnya.
Ikhlas di dalam menghadapinya
InsyaAllah, mebuah ketenangan pada akhirnya.)
sekian.... hrap spe yg sedih leh mjdi sbgai pmbkar smngt..... amin.....
sekian.... hrap spe yg sedih leh mjdi sbgai pmbkar smngt..... amin.....
No comments:
Post a Comment